Perutusan tahniah sempena Hari Kemerdekaan Jordan




BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II lbn Al Hussein, Raja Jordan dan ahli kerabat diraja serta kerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.

Close